Saturday 1 June 2013

Pembayaran deposit utk booking kelas

Mulai mac 2013,, tuan puan yang berminat dgn kelas jahitan sy perlu membayar deposit mengikut kadar yg ditentukan utk tarikh yg telah dipilih.... dengan secepat mungin..

supaya mudah sy utk update status kekosongan kelas sy mengikut tarikh2 yg sy adakan kelas....

bukan apa,,, kekadang bila sy hold tarikh tersebut utk 3 ke 4 hari,, tetiba tuan/puan tak jadi booking.... kerugian dipihak sy sebab ada  orang yang lain berminat pada tarikh tersebut tapi sy x dpt nak masukkan nama beliau kerana menunggu tuan/puan...
booking tapi x bayar deposit... bermasalah pada sy...

so selepas ini,,, sesiapa yang nak booking tarikh mesti bayar booking fees dlm tempoh 2 hari drpd persetujuan kita memilih tarikh.

sy harap dgn cara ini memudahkan sy dan  pihak tuan puan.

pembayaran booking rm100 melalui bank

lagi satu,,, mohon tuan/puan tunjuk bukti pembayaran yea... senang sy nak trace....
tunjuk slip(melalui whatsapp atau sms) kalau guna CDM dan simpan slip yea...
atau detail transaction...
kalau melalui transfer interbank tu masukkan ler email sy. kelasjahitan1223@gmail.com 


untuk peringatan;
penundaan kelas perlu maklum 7 hari daripada tarikh kelas yg telah dibooking. sekiranya kurang daripada tempoh tersebut, duit booking tuan puan dikira hangus. 

Friday 17 May 2013

TEMPOH & CARA BELAJAR JAHIT


TEMPOH BELAJAR ;

8 jam sahaja, dari 9 pagi hingga 6 petang atau sehingga baju siap jahit. mesti siap jahit. DALAM SEHARI SHJ.

Saya tidak akan membantu tuan puan menjahit sekiranya waktu telah menujukkan pukul 6 ptg, tuan puan kena juga jahit sendiri sampai siap baju tersebut. Saya akan tunggu sehingga pukul 9 mlm paling lewat yea...

Kelas ini sangat sesuai utk mereka yg tidak pernah menjahit, kerana sy mengajar secara personal atau 'one to one'. maximum pd satu-satu hari hanya 6 org pelajar yang terlibat, maka tumpuan penuh dapat diberikan kepada setiap pelajar sy.

Cara pengajaran kelas saya ialah seperti berikut;

1. Penerangan ringkas berkaitan nota jahitan.

2. Cara mengambil ukuran di badan

3. Memindahkan ukuran badan ke pola kertas (menggunakan formula yg berkaitan).
    Buat pola baju dan kain

4. Menekap pola ke kain dan di surih ukuran tersebut.

5. Memotong kain.

6. Menjahit baju dan kain menggunakan mesin

7. Menjahit tikam leher(mata lalat) dan basi baju(silang-pangkah)

*******************************
Kelas ini hanya sehari shj... bukan datang berkali2 seperti kebanyakan kelas menjahit.

KENAPA? sebenarnya semua teknik diatas boleh dilaksanakan dalam tempoh 8 jam tersebut.

kebanyakan kelas menjahit yg memerlukan tuan puan hadir berkali-kali hanya akan membuang masa untuk tempoh perjalanan tuan puan ke kelas...
sebenarnya teknik yg diajarkan juga sama seperti saya,, cuma diajar dengan cara berdikit-dikit atau di ajar dgn cara yg rumit...jika tuan puan jenis yg mudah lupa, datang kelas yg berikut sudah lupa yg diajarkan sebelum itu. :)..
mengikut pengalaman saya sendiri, kita yang bekerja hendak belajar jahit nie, dengan cara singkat dan mudah sebab kita nak jahit baju sendiri atau anak2 bukan nye nak dapat sijil utk pergi cari kerja pulak kan.. he he... nak jimat supaya hari raya x yah risau pasal nak tempah baju anak2 dan sendiri punye.. kalau yg keje gomen lagilah... sentiasa nak berbaju kurung yang baru... baru best kan...

di bawah adalah contoh yuran kelas menjahit yg pernah sy tanya atau student2 sy beritahu..
Contoh :
1. rm180 utk 16 jam,  datang 8x setiap kelas 2 jam...
2. rm200 utk 24 jam , datang 8x setiap kelas 3 jam
3. rm 200 utk 8 jam, dtg 2x

yg dapat tuan puan siapkan juga sepasang baju cuma kos perjalanan lebih mahal.

atau cara pakej yg pernah sy hadiri.
3. rm3000 utk 24 jam sebulan selama 8 bulan , belajar jahit hampir 25 patern.

semuanye terpulang kepada tuan puan utk memilih kelas yg tuan puan hendak hadiri...

Thursday 9 May 2013

Ingin menambah pendapatan dgn menjahit?

Sy menerima banyak panggilan utk menempah baju nie,, tapi harap maklum sy memang x sempat nak menjahit kerana sy bekerja "opis hour" dan weekend sy penuh dgn kelas menjahit...

JADI,,,, sy akan forwad nama2 student sy yang berminat utk mengambil tempahan jahitan,,, maka secara tak langsung bekas pelajar sy akan menambah pendapatan melalui tempahan baju yg diterima....

jika anda berminat menjadikan bidang jahitan nie sebagai satu punca pendapatan tambahan... boleh lah menghadirkan diri di kelas sy ini..

ada antara student sy yg biasa mengambil tempahan baju kurung tradisional, kemudian mengambil kelas baju kurung moden atau jubah atau kurung peplum, utk mempelbagaikan perkhidmatan mereka, supaya lebih ramai pelanggan.....



Tuesday 7 May 2013

Nak belajar jahit Baju Kurung Peplum?







ini antara hasil jahitan student2 saya...

berminat?
yuran kelas ; rm200
sila bawa kain 4m bidang 60" dan benang yg sama warna..
hubungi saya utk booking tarikh kelas...

Design telekung saya










inilah design muka telekung yg akan saya ajar dalam kela telekung saya... dengan alas dada yg labuh..
so tak payah guna anak tudung lagi....

berminat??

yuran rm150 utk sehari kelas.
sila bawa 5m kain cotton bidang 60" dan rende 5m