Tuesday 19 March 2013

Bentuk Jubah empire cut dan Jubah princess cut


ramai yang bertanya apa beza empire cut dan princess cut....
macam mana bentuk nyer??

erm,,, sy nk jawap secara teknikal nanti lagi pening,,, so sy google images dan sy jumpa 2 3 gambar yng boleh tunjuk perbezaan antara kedua nya...
then saya buat lakaran saja utk tunjukkan garisan tersebut...

inilah gambar nye...
kredit to owner gambar,, sy pinjam jer..


JUBAH PINCES CUT
potongan princess cut dr tengah lubang lengan ke bawah

potongan princess cut dr tengah bahu
lakaran garisan princess line



JUBAH EMPIRE CUT



lakaran garisan empire cut di bawah garisan dada
 hopefully,,, penerangan ringkas ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua... :)

yg di bawah ni gambar baju hasil jahitan students sy...

 empire cut


princess cut






KALAU JUBAH A CUT PULA...

jubah biasa je.. or ABAYA...














Friday 15 March 2013

Kelas jahit Telekung

Atas permintaan ramai,,,
sy akan mengadakan kelas menjahit telekung pula...
yuran kelas sebanyak rm200 sahaja... peralatan disediakan tetapi tuan puan perlu sediakan kain bidang 60" sebanyak 5m dan renda juga 5m.

telekung yg akan sy ajar akan ada alas dada, lapik dagu dan awning yg tutup anak rambut,, so tak payah guna anak tudung lagi..

telekung utk anak saya,,, muncung dia,, x nak jadi model
contoh telekung yg akan saya ajar


Teknik Pengajaran Kelas Intensif



Kelas menjahit baju

Cara pengajaran kelas ialah seperti berikut;

1. Penerangan ringkas berkaitan nota jahitan.

2. Cara mengambil ukuran di badan

3. Memindahkan ukuran badan ke pola kertas (menggunakan formula yg berkaitan).     
    Buat pola baju dan kain

4. Menekap pola ke kain dan di surih ukuran tersebut.

5. Memotong kain.

6. Menjahit baju dan kain menggunakan mesin

7. Menjahit tikam leher(mata lalat) dan basi baju(silang-pangkah)

 * kelas ini sangat sesuai utk mereka yg tidak pernah menjahit, kerana sy mengajar secara personal atau 'one to one'. maximum pd satu-satu hari hanya 6 org pelajar yng terlibat, maka tumpuan penuh dapat diberikan kepada setiap pelajar sy.



Tuesday 19 February 2013

peralatan dan mesin jahit saya

ini adalah peralatan dan mesin jahit yang saya guna utk kelas jahitan sy.

mesin jahit industri brand singer mcm dalam post "ruang menjahit" sy

mesin jahit portable brand brother
GS 2700 ada 27 jenis jahitan





brother 3034D, mesin jahit tepi




 peralatan utk mengukur dan membuat pola

kertas pola, pembaris lengkung, pembaris L, pembaris utk buat lubang lengan, dan pembaris lurus.
kertas pola yang tebal, boleh tahan lama

peralatan dan bahan utk menjahit
semua utk digunakan semasa kelas nanti
 



 Sebab itu, tuan puan hanya bawa kain dan benang shj utk kelas sy,, yang lain sy sediakan seperti dlm gambar ini....

tapi bermula minggu depan sy juga ada menyediakan kain english cotton 4m hanya rm80 shj,,,,
kain nie senang nak jahit,, sesuai utk new beginner.... mcm kebanyakan student sy...












Sunday 17 February 2013

POLA BAJU ATAU KAIN UTK DIJUAL

Atas permintaan ramai, saya akan mula menjual pola baju mengikut ukuran standard atau mengikut ukuran badan pelanggan....

Berikut adalah pola yang sy jual;

rm 20 utk 1 pola baju.

1. baju kurung
2. baju kebaya pendek
3. baju kebaya labuh
4. baju kurung moden
5. baju kurung riau/ pahang
6. baju kurung pesak gantung
7. baju kurung kedah
8. blaus
9. Baju Kurung peplum

rm20 utk 1 pola kain

1. kain susun tepi
2. kain lipat batik (selisih)
3. kain belah depan
4. kain belah belakang
5. kain duyung 2 keping
6. kain duyung 6 keping
7.kain kembang payung (peplum)
8. seluar pallazo


rm40 utk 1 pola berikut;

1. Jubah empire cut
2. Jubah princess line
3. Jubah standard

Utk dewasa, sepasang baju rm40

Utk kanak2, sepasang baju rm30

POLA TELEKUNG RM45
Pola telekung (badan dan kain)
Termasuk nota utk menjahit  telekung termasuk cara jahit bahagian muka supaya tidak perlu pakai anak tudung lagi.


NOTA :


  • semua harga di atas belum termasuk kos pos.
  • kos pos laju; sekeping pola rm7, kalau lebih dr sekeping ikut berat masa pos
  • boleh pilih pola mengikut keperluan anda. 
  • hanya pola baju/kain sahaja tanpa cara-cara menjahit.
  • pola akan diposkan pada hari RABU shj, 
  • pembayaran perlu dilakukan sebelum hari ISNIN utk beri sy tempoh melukis pola anda sebelum hari RABU.
  • Pembayaran ke akaun CIMB 0510 0004564 524 hairiyanti moin



SEKIRANYA POLA CUSTOM MADE;
BERIKUT ADALAH UKURAN YG PERLUKAN (sila ukur dlm inci)

  1. lebar bahu
  2. labuh tangan
  3. keliling dada
  4. keliling pinggang
  5. keliling punggung
  6. labuh tengah belakang (dari tengkuk ke paras pinggang)
  7. keliling hujung lengan
  8. labuh baju (bagi jubah - labuh hingga ke lantai)
  9. labuh kain
  10. mercu ke mercu (jarak diantara 2 puncak buah dada)
  11. bahu ke mercu (jarak dari bahu ke puncak buah dada)
_____________________________________
keistimewaan pola saya?

Pola saya diperbuat daripada kertas yg tebal bukan daripada kertas minyak, maka boleh digunakan berulang-kali dan tidak mudah terkoyak.